BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 1, 2011

KEBAHAGIAAN HAKIKI LAHIR DARI HATI..

         Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerna sye dpt gak tulis stlah bape kali sye cbe..:-)..
Ok,kali ni saye nak tulis tntg BAHAGIA....(",)..ape itu bahagia??? Kalau ckp tntg bahgie,mesti kite akn t'bygkan suasana gembire atau happy lappy kan...hehe..btul! seringkali kite lihat atau dgr,kegembiraan atau kebahagiaan itu harus dikongsi...btul x?? Tapi ade jugak sstgh golongan insan yang x bpe suke utk kgsi gembire mereka ngan org lain..(x termasuk ana)...BAHAGIA ni ade byk kategori dan suasana..tapi apakah yang dimaksudkan dgn BAHAGIA SEBENAR adalah kite akan rase tenang,selesa dalam khidupan seharian kite..(mcm duk bawah air-cond)..huhu(^_^)...
bknlah nak bg ceramah ke ape,cme ingin berkongsi tntg bagaimana cara kite tuk capai KEBAHAGIAAN yang SEBENAR dlm life kite...
Antare kaedah2 ye adalah..:
  1.  kite mesti sentiasa memperbaharui iman dan beramal soleh
  2. sentiasa dan selalu ingat Allah
  3. perlu sentiasa sandarkan atau pergantungan kite pada Allah..
  4. kite mesti cari peluang tuk buat baik dan amal soleh
  5. jangan berangan-angan sahaja..(penting!
  6. perlu lihat kpd apa kelebihan dan juge kekurangan kita
  7. sentiasa tersenyum dan bersikap mahmudah.......

    bahagia bersama....

SENYUM ITU SATU SEDEKAH..
jd,jgn malu untuk SENYUM...:-)...














           MOGE KITA SENTIASA BAHAGIA!!!!!(",)

Monday, May 30, 2011


Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku dengan wajah jelek diriku sendiri,
Tiada yang indah pada wajah ini,
Cuma secebis nilai hamba,
Yang masih tersisa.

Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku dengan anjing-anjing dunia,
Mengenalkan aku dengan samseng-samseng kehidupan,
Mereka-mereka yang tak pernah berputus asa,
Menyeru namaku untuk menyertai saf mereka,
Memperjuangkan syurga sengsara.

Mencari wajah Tuhan,
Membuka sejuta kerosakan,
Membongkar semua rongga kesulitan,
Membunuh segala keluh kesah,
Membersihkan segala karat dan kekotoran,
Lalu takbir dilaung penuh merdeka,
Bebas tanpa duka lagi.

Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku erti hidup,
Yang selama ini ialah rahsia,
Kisah cinta sejati,hamba kepada tuannya.

Wahai Allah yang Maha Pengasih,
Aku telah jatuh cinta kepada-Mu
Hidupkanlah aku dalam cinta-Mu,
Dan matikanlah aku dalam kasih-Mu,
Izinkan aku menjadi salah seorang hamba-Mu,
Yang akan menatap wajah-Mu di dalam syurga,
Tiada duka, tiada sengsara, cuma kebahagian yg hakiki,
Balasan atas kekerdilan diri,
Mencari wajah Tuhan...