BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 1, 2011

KEBAHAGIAAN HAKIKI LAHIR DARI HATI..

         Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerna sye dpt gak tulis stlah bape kali sye cbe..:-)..
Ok,kali ni saye nak tulis tntg BAHAGIA....(",)..ape itu bahagia??? Kalau ckp tntg bahgie,mesti kite akn t'bygkan suasana gembire atau happy lappy kan...hehe..btul! seringkali kite lihat atau dgr,kegembiraan atau kebahagiaan itu harus dikongsi...btul x?? Tapi ade jugak sstgh golongan insan yang x bpe suke utk kgsi gembire mereka ngan org lain..(x termasuk ana)...BAHAGIA ni ade byk kategori dan suasana..tapi apakah yang dimaksudkan dgn BAHAGIA SEBENAR adalah kite akan rase tenang,selesa dalam khidupan seharian kite..(mcm duk bawah air-cond)..huhu(^_^)...
bknlah nak bg ceramah ke ape,cme ingin berkongsi tntg bagaimana cara kite tuk capai KEBAHAGIAAN yang SEBENAR dlm life kite...
Antare kaedah2 ye adalah..:
  1.  kite mesti sentiasa memperbaharui iman dan beramal soleh
  2. sentiasa dan selalu ingat Allah
  3. perlu sentiasa sandarkan atau pergantungan kite pada Allah..
  4. kite mesti cari peluang tuk buat baik dan amal soleh
  5. jangan berangan-angan sahaja..(penting!
  6. perlu lihat kpd apa kelebihan dan juge kekurangan kita
  7. sentiasa tersenyum dan bersikap mahmudah.......

    bahagia bersama....

SENYUM ITU SATU SEDEKAH..
jd,jgn malu untuk SENYUM...:-)...














           MOGE KITA SENTIASA BAHAGIA!!!!!(",)

Monday, May 30, 2011


Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku dengan wajah jelek diriku sendiri,
Tiada yang indah pada wajah ini,
Cuma secebis nilai hamba,
Yang masih tersisa.

Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku dengan anjing-anjing dunia,
Mengenalkan aku dengan samseng-samseng kehidupan,
Mereka-mereka yang tak pernah berputus asa,
Menyeru namaku untuk menyertai saf mereka,
Memperjuangkan syurga sengsara.

Mencari wajah Tuhan,
Membuka sejuta kerosakan,
Membongkar semua rongga kesulitan,
Membunuh segala keluh kesah,
Membersihkan segala karat dan kekotoran,
Lalu takbir dilaung penuh merdeka,
Bebas tanpa duka lagi.

Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku erti hidup,
Yang selama ini ialah rahsia,
Kisah cinta sejati,hamba kepada tuannya.

Wahai Allah yang Maha Pengasih,
Aku telah jatuh cinta kepada-Mu
Hidupkanlah aku dalam cinta-Mu,
Dan matikanlah aku dalam kasih-Mu,
Izinkan aku menjadi salah seorang hamba-Mu,
Yang akan menatap wajah-Mu di dalam syurga,
Tiada duka, tiada sengsara, cuma kebahagian yg hakiki,
Balasan atas kekerdilan diri,
Mencari wajah Tuhan...

Monday, October 4, 2010

JAMUAN RAYA BERSAMA TUTOR

Pada 29 September 2010,bertempat di Balai Islam,IPG Kampus Raja Melewar,telah diadakan satu jamuan ala raya yang melibatkan semua unit pengajian di maktab ini.Tidak ketinggalan adalah unit PIA BI/BA SEM 1 bersama dengan tutor kami atau lebih dikenali sebagai "umi".Kami mengadakan jamuan di Balai Islam.Semua guru pelatih unit kami menghadiri jamuan ini dan tiada seorang pun yang tidak hadir..hehehe..almaklumla..makan,hehe..tutor kami adalah Ustazah Maimunah yang sentiasa ceria..

Kami sangat teruja dengan hidangan yang disediakan...terima kasih kepada umi yang disayangi kerana telah bersusah payah menyediakan makanan untuk kami semua..syukran jazilan kasiron..memang tidak dinafikan,sungguh sedap dan lazat makanan tersebut sehingga rasa tidak ingin berhenti..hehe
terima kasih sekali lagi umi Maimunah..sungguh berselera kami menjamunya..

rambang mata ke aina??...

khusyu' ye makan...hehe

selain itu,kami tidak lupa untuk merakamkan detik2 keseronokan kami menikmati juadah dengan mengambil gambar..ini bertujuan untuk dijadikan kenangan antara kami dan umi Maimunah..pelbagai ragam dan posing dapat dilihat,ianya menggambarkan betapa gembiranya kami ketika itu...(",)..


manis-manis belaka sumeye..hehe

 
sempat lagi pandang kamera??hihi..


bersama umi Maimunah...
memang menyeronokkan..hehe,seperti dalam kalangan adik beradik..:-)..terbaek lah..kami juga sempat merakamkan gambar bersama umi Maimunah dan juga ustaz Malik...yang pasti,kami semua sangat gembira dengan jamuan yang diadakan..semoga ukuwah kami bukan ahaja di sini malah sehingga akhir hayat,insyaAllah..(",)..ikhlas dari hati..

semoga kita sama-sama mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat...amiiinn.